Thursday, October 27, 2011

Dulu lain Sekarang lain



Aduh pening pening pening kepala aku ni nak memikirkan betul ke fakta perpindahan pemain Selangor ni. Mulut sana cakap belum sign kontrak, mulut sini cakap sudah sign kontrak. Terbaru aku dapat berita yang perancang Selangor, Safiq Rahim sah milik Kelantan. Betul ke ? Khabar angin ni memang susah aku nak percaya sebab ia tidak keluar dari mulut tuan punya badan sendiri. Kalau betulah khabar angin ni aku tak kisah sangat sebab dia berhak untuk berhijrah. Peminat-peminat bola sepak Selangor semestinya kecewa dengan kenyataan seperti ini.

Bak kata salah seorang fans Selangor yang aku jumpa, dia cakap yang zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Kalau zaman dahulu seperti zaman seangkatan Mokhtar Dahari, mereka bermain bukanlah kerana duit tetapi bermain kerana minat yang tinggi terhadap sukan bola sepak. Contohnya seperti Mokhtar Dahari, sepanjang kariernya, beliau hanya bermain untuk pasukan Selangor. Walaupun beliau mempunyai pelbagai tawaran dari kelab luar, hati tetap tidak mahu berubah pasukan dan setia bersama Selangor. Seperti kata-kata beliau yang masih aku ingat " Hidup matiku hanya untuk Selangor ". 

" Hidup matiku hanya untuk Selangor " - SuperMokh

Lain pula ceritanya sekarang, sukan bola sepak sudah boleh diibaratkan sebagai kegiatan bisnes. Gaji yang lumayan diberi mampu membuatkan seseorang pemain tertarik dan terpikat dengan pasukan yang menawar. Akibat kita berada di dalam kancah bola sepak profesional, pemain menjadikan kerjaya bola sepak sebagai periuk nasi mereka. Sehinggakan sanggup memusnahkan harapan semata-mata demi mengejar gaji yang lumayan. Jika gaji tidak dibayar oleh persatuan terpaksa FAM melunaskan gaji-gaji yang tertunggak. Akibat kurang sambutan dari penyokong menyebabkan persatuan menerima kerugian yang besar.

Penyokong berperanan memajukan sukan bola sepak tanah air

Bagi aku, kita tidak patut digelar profesional jika sikap kita sendiri tidak menepati ciri-ciri seorang pemain profesional. Profesional juga baleh dikaitkan dari sikap, cara berfikir dan permainan. Kalau cara permainan sahaja profesional tetapi sikap dan cara berfikir tidak profesional, itu bukan melambangkan kita seorang pemain yang bekerja sepenuh masa pada sukan bola sepak..

**renungkanlahh...


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.