Thursday, October 27, 2011

Dulu lain Sekarang lain



Aduh pening pening pening kepala aku ni nak memikirkan betul ke fakta perpindahan pemain Selangor ni. Mulut sana cakap belum sign kontrak, mulut sini cakap sudah sign kontrak. Terbaru aku dapat berita yang perancang Selangor, Safiq Rahim sah milik Kelantan. Betul ke ? Khabar angin ni memang susah aku nak percaya sebab ia tidak keluar dari mulut tuan punya badan sendiri. Kalau betulah khabar angin ni aku tak kisah sangat sebab dia berhak untuk berhijrah. Peminat-peminat bola sepak Selangor semestinya kecewa dengan kenyataan seperti ini.

Bak kata salah seorang fans Selangor yang aku jumpa, dia cakap yang zaman dahulu berbeza dengan zaman sekarang. Kalau zaman dahulu seperti zaman seangkatan Mokhtar Dahari, mereka bermain bukanlah kerana duit tetapi bermain kerana minat yang tinggi terhadap sukan bola sepak. Contohnya seperti Mokhtar Dahari, sepanjang kariernya, beliau hanya bermain untuk pasukan Selangor. Walaupun beliau mempunyai pelbagai tawaran dari kelab luar, hati tetap tidak mahu berubah pasukan dan setia bersama Selangor. Seperti kata-kata beliau yang masih aku ingat " Hidup matiku hanya untuk Selangor ". 

" Hidup matiku hanya untuk Selangor " - SuperMokh

Lain pula ceritanya sekarang, sukan bola sepak sudah boleh diibaratkan sebagai kegiatan bisnes. Gaji yang lumayan diberi mampu membuatkan seseorang pemain tertarik dan terpikat dengan pasukan yang menawar. Akibat kita berada di dalam kancah bola sepak profesional, pemain menjadikan kerjaya bola sepak sebagai periuk nasi mereka. Sehinggakan sanggup memusnahkan harapan semata-mata demi mengejar gaji yang lumayan. Jika gaji tidak dibayar oleh persatuan terpaksa FAM melunaskan gaji-gaji yang tertunggak. Akibat kurang sambutan dari penyokong menyebabkan persatuan menerima kerugian yang besar.

Penyokong berperanan memajukan sukan bola sepak tanah air

Bagi aku, kita tidak patut digelar profesional jika sikap kita sendiri tidak menepati ciri-ciri seorang pemain profesional. Profesional juga baleh dikaitkan dari sikap, cara berfikir dan permainan. Kalau cara permainan sahaja profesional tetapi sikap dan cara berfikir tidak profesional, itu bukan melambangkan kita seorang pemain yang bekerja sepenuh masa pada sukan bola sepak..

**renungkanlahh...


Selamat Jalan lah Amirul Hadi Zainal woii !


Memang tak silaplah tekaan aku yang selalu bermain di minda..ternyata betul rupanya tekaan diriku..nampaknya memang tercapailah hasrat kau untuk keluar dari Selangor ni..merajuk ke bro?? dah kena banned dengan fans Selangor terus keluar macam tu je?? Fine ! Aku rasa bagi kau penyokong memang tak berhak untuk bersuara, tapi penyokonglah yang menyebabkan kau sampai ke sini..penyokong berhak bro..jangan kau salah anggap..

Ucapan 'Selamat Tinggal' si lahabau ni dekat laman Facebook dia

Amirul Hadi Zainal, dengan sendiri mengucapkan selamat tinggal kepada Gergasi Merah dalam laman sosialnya sendiri..ada sesetengah yang menyokong, ada yang sesetengah kecewa dengan sikap yang ditunjukkan budak ni..bagi aku 'patah tumbuh ilang berganti'..so aku tidak risau sangat dengan perpindahan si budak ni..tak kisahlah dia nak pindah ke nak bersara ke janji aku tetap setia menyokong dan setia menjadi pemain ke-12 untuk RED GIANTS..

kau pun nak ikut jugak ?? peduli apa aku !
kau memang patut 

Dengar juga khabarnya perancang Selangor berpengaruh Safiq Rahim juga akan turut mengikut jejak langkah si budak ni..Safiq kau pun nak keluar Selangor?? keluarlah..kami disini sentiasa merelakan pemergian anda..yang terbaru dikhabarkan pertahanan kanan Selangor, Razman Roslan juga akan berhijrah tetapi tidak dapat dipastikan pasukan yang ingin beliau sertai..

Rumours Kelantan 2012 menjangkakan :-

1. sudah menandatangani kontrak :-

- Norfarhan Muhammad (T-Team)
- Azizi Mat Rose (T-Team)
- Indra Putra Mahyuddin (T-Team)
- AMIRUL HADI ZAINAL (Selangor)

2. belum menandatangani :-

- Zairo (T-Team)
- Safiq Rahim (Selangor)

**yang penting Asra masih belum menyatakan hasrat untuk berpindah..Idola Aku ! hehehehe..

Wednesday, October 26, 2011

FAM always care about football ? Betui ka ni ??



Kita sambung lagi ea cerita pasai harga tiket yang naik tu..huuiiii hangat cerita ni..sampai ada yang semakin 'sayang' dengan FAM kerana always care about football..inikah antara usaha-usaha FAM untuk memajukan bola sepak Malaysia ?? final Piala Malaysia 2009, RM 20..final Piala Malaysia 2010, RM 30 dan 2011, RM50 !! yess yess yesss tahniah FAM !

Ultras Tranung dan Ultras Nogori boikit gam final..

Apakah tahun 2012, 2013, 2014 akan meningkat lagi harga tiket ni ?? FAM = Football About Money ! ada aku dengar berita yang segelintir fans Negeri Sembilan yang mula memboikot apabila mula membatalkan hajat mereka untuk turun ke Shah Alam akibat langkah-langkah drastik yang diambil FAM untuk memenuhkan poket mereka dengan pencinta bola sepak tanah air yang teraniaya..

Inilah dia rupanya 'not' RM 50 

**goodluck FAMous dengan $$$...

Monday, October 24, 2011

Tiket Final Piala Malaysia 2011 berharga RM 50 !! FAM apa kes ??



Terkejut bagai nak terkentut bila dengar pasal game final Piala Malaysia berharga RM 50 bagi dewasa..Jam 5 petang tadi pada Mesyuarat Pengelola Pertandingan FAM, menetapkan venue final Piala Malaysia conform Stadium Shah Alam (SSA)..dalam mesyuarat tu pun mengesahkan harga tiket bagi final Piala Malaysia yang berharga RM 50 !! Mak Aih !!


Stadium Shah Alam yang boleh menampung 70 000 penonton

Betul-betul nak cepat 'gemuk' FAM ni..Selangor main kat Shah Alam pun RM 15 ni naik lebih 2 kali ganda..apa yang nak FAM ni guna sampai RM 50 seorang..jawapan FAM mesti "nak betulkan padang SSA yang teruk tu"..lebih betulkan padang apa lagi buncitkan perutlah..dulu Malaysia lawan Singapore RM 30..final ni RM 50 pulak..memang bagus cadangan anda semua yaa..


FAM mula 'gemukkan' perut

**antara hikmah Selangor tak dapat masuk final..tiket mahal memang aku takda duit..hahhahahaha ! FAM 'gemuk' !!


Sunday, October 23, 2011

Aku sayang Kecik !



Serius aku cakap memang aku sayang dengan si Fitri Shazwan ni atau Kecik..memang aku salute dia lah..walaupun ciri fizikal dia yang bertubuh kecil tapi dia lah salah seorang player dalam Selangor yang betul-betul nak menang game semalam..

Kecik ni setiap game selalu konsisten je prestasi dia main..dia yang main di posisi sayap kiri sentiasa mendapat tempat sebagai first eleven dalam Selangor..dengan cara permainan yang laju dia ni harus dipanggil untuk diserapkan dalam skuad negara..harap-harap musim depan dia masih lagi dikekalkan lagi dalam Selangor..

Ambil kesempatan sikitlah..aku rasa yang patut keluar dari team Selangor :

- Iqbal Suhaimi
- Saiful Amar Sudar
- K. Depan
- Sritharan
- Surendren
- Fadzli Shaari

*kalau diorang keluar jangan ceritalah Selangor conform buat treble..kihkihkih

Friday, October 21, 2011

Blogger nak ambil hati pilih Terengganu ?



Aku malas nak cakap apa lah kan ? ada lah sorang blogger ni apa nama dia tu Ri**l Has**m ke apa entah ? Bro, takkan baru kena gertak sikit pilih Terengganu pula ? Biar mereka yang di atas padang tentukannya..

Rilek bro, satu aku nak cakap ' MASIH ADA 90 MINIT '. Artikel yang dia ni pilih Terengganu aku terbaca dekat blog dia sendiri si  Ri**l Has**m ni lah..Dia dikatakan pernah kena gertak dengan Irfan Bakti sebab dia meramalkan bahawa Kelantan yang akan layak separuh akhir PM 2011 walaupun Terengganu mendahului agregat 3-1..

Takkan sekarang baru nak sekarang nak ambil hati Irfan Bakti lepas dia marah kat kau bro ??

(Klik Sini) kalau nak baca artikel si Ri**l Has**m ni..

INGAT Ri**l Has**m ! MASIH ADA 90 MINIT !

Thursday, October 20, 2011

Amri bakal diturunkan di Kuala Terengganu ?


Terkejut juga aku dengar berita ni. Tapi ini yang abang aku bagitahu yang penyerang berpengaruh Selangor, Amri Yahyah bakal diturunkan pada Sabtu nanti.

Berita ni aku dapat pastikan apabila aku baca akhbar hari ni Harian Metro bahagian  front page Arena. ' Amri bakal penyelamat ' itulah tajuk akhbar hari ni..

“Anda boleh lihat terdapat kekurangan dalam jentera serangan kami dengan ketiadaan Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan. Dia (Amri Yahyah) mungkin dapat diturunkan pada Sabtu ini kerana kehadirannya amat penting bagi memberi keyakinan kepada pemain lain, kita akan bermain dengan lebih baik,” katanya.

Sejak dengar berita tentang tu barulah rasa tenang sikit hati ni..harapan yang terbaik buat Selangor..RED GIANTS ! AKU MAHU LIHAT KAU DI FINAL ! TOLONGLAH

Gelanggang Final Piala Malaysia 2011